"إن مع العسر يسرا"
(Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.)
Putus asa ialah lemah jiwa, rasa tak ada harapan. Rahmat Allah s.w.t. itu luas. Allah s.w.t. tidak sekali-kali mensia-siakan kita. Belajar apa yang ada ditangan kita. Bukan yang ada pada tangan orang lain. Kalau boleh, belajar berpada-pada. Syukur dengan apa yang ada, Allah akan tambah.
Nak belajar syukur adalah suatu perkara yang susah. Bila kita bersyukur, kita akan kembali mengingati Allah. Berzikir dengan zikir أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلى هو الحي القيوم وأتوب إليه .
Kita sebenarnya kena serangan daripada Barat sampaikan kita rasa apa yang kita buat dah molek, dah betul.
Para sahabat tidak pernah membiarkan fajar berlalu begitu sahaja. Mereka akn melakukan amal ibadat dan berzikir memperingati Allah. Tapi, kita masih lagi boleh solat dalam pukul 7.00a.m.. Masih lagi boleh Subuh Gajah. Para sahabat menggunakan waktu sebelum subuh lagi, sebelum masuknya waktu subuh dengan melakukan qiam.
Perjalanan hidup kita masih jauh lagi. Bila kita keluar dari hidup kita ini nanti (mati), akan berlaku fitnah di alam barzakh. Barzakh yang membawa maksud pemisah. Pemisah antara dunia dan akhirat.
Ada orang yang ditipu iblis sehingga dia merasakan dia boleh masuk syurga. Ramai juga orang muda sekarang yang sudah tidak suka pergi ke masjid-masjid atau surau-surau. Penting untuk kita ingat, hidup ini hanya sementara sahaja.
Jika kita tak ingat Allah, Maka, Allah tak akan ingat kita. Dan berbahagialah orang yang Allah mengingati mereka. Umpama pelajar yang belajar di dalam kelas. Tak pernah-pernah gurunya memanggil namanya. Suatu hari, tiba-tiba gurunya memanggil namanya. Kemudian, kembang-kempislah hidungnya. 'Kenapa cikgu panggil nama aku tadi.' Suka sangat. Balik rumah, sambil jalan-jalan, tersengih-sengih seorang diri. Hati berasa riang sahaja. Macam itu jugalah kita. Jika Allah mengingati kita, maka berbahagia sangatlah kita. Akan tetapi, Allah tidak akan mengingati hambanya yang tak pernah mengingatinya. Yang tidak pernah berbuat baik padanya. Yang tidak pernah ikut perintahnya. Yang tidak pernah menjauhi larangannya. Buat apa Allah nak mengingati orang yang tak pernah bersyukur kepadanya.
Yang mana malaikat bertukar syif di waktu subuh. Maka, sebab itulah kalau kita melakukann solat dua rakaat sebelum masuk waktu, kita mendapat banyak pahala.
Hendak tahu munafik atau tidak seseorang itu, tengok pada Isyak dan Subuhnya. Solat Subuh jangan dilewat-lewatkan. Solat Subuhlah merupakan rakaat yang terpendek, tetapi, halangan-halangan untuk mengerjakan solat ini terlalu banyak. Antaranya, sedap lagi kalau tidur dengan suasana yang dinginnya, takut hendak bangun dari tidur sebab takut mimpi hilang, air sejuklah, nanti menggigil, serta bisikan dan pujukan syaitan. Semua ini adalah alasan-alasan bagi mereka yang begitu malas sekali. Ingatlah pepatah melayu, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Jangan salahkan alasan-alasan ini semua apabila kita tidak menunaikan Solat Subuh. Kalau kita berbuat begitu, kita umpama bangau. Tahu tak bangau? Bangau yang sering mempersalahkan yang lain seperti dalam lagu lama, Bangau Oh Bangau. Maka, usahlah kita membangau lagi.
Ada orang, muka dah molek, pakai tudung dah cantik, pakai kopiah, tapi, subuh gajah. Bangun lambat. Tongang-tonggek, tonggang-tonggek. Tak sempat tuma'ninah. Sedangkan, tidah sah solat seseorang itu jika tidak sempurna satu rukunnya dah buat rukun yang lain. Yang ini memang selalunya biasa kita lihat.
Maka, berbalik kepada tajuk kita. Apabila kita mengingati Allah, maka kita akan ikhlas kepadaNya. Ikhlas adalah perkara yang rumit. Kalau niat betul pada awalnya, jangan terpesong pada pertengahannya. Dah bagus dah ikhlas menunaikan solat berjemaah di masjid. Tapi, bila melakukannya, tertimbul perasaan riak dalam diri. Kata, 'Bagusnya aku ni. Solat berjemaah kat masjid. Tak macam orang lain.' Jangan. Kalau tidak, sia-sia sahaja amalan kita itu.

alhamdulillah nut... kira ok dah artikel ni.. ingat, apa yang ditulis, kena amalkan, kalau tak jadi munafik kita.. lain dibibir, lain di jiwa.. lain di kata lain di anggota..
BalasPadamwassalam