Khamis, 2 Julai 2009

HARGA NILAI IBU BAPA

Mak!! Apa ni?? Orang kan dah kata kemas rumah. Kenapa bersepah-sepah?? Orang tua ni saja je. Tak tahu kita dah penat balik kerja. Aku dah bagi makan, tempat tinggal, tak reti bersyukur. Kalau diikutkan hati, nak saja aku hantar ke rumah orang-orang tua. Menyusahkan hidup sahaja...

Inilah anak zaman sekarang. Tidak pernah hendak menghargai jasa ibu bapa. Ibu yang mengandungkan kita, memnyusukan kita, membesarkan kita, mendidik kita. Akhirnya, apa yang didapatnya?? Sebagai seorang anak yang baik, kita haruslah mentaati perintah ibu bapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariah ALLAH..

Perasaan hati seorang ibu, jangan dilukai. Kerana apabila terguris sedikit hati ibu ini, maka azab neraka yang pedih menanti di akhirat kelak. Jangan cuba untuk meninggikan suara dihadapan ibu ini apatah lagi memaki hamun ibu sendiri.

Ibu.... Tolong maafkan saya.. Erk.. Ibu... Tolong maafkan saya...Erk...(roh susah hendak meninggalkan jasad)

Ibu, umpama mutiara di dasar lautan. Bukan senang untuk di cari. Dan bukan senang untuk dibuang. ALLAH telah pun menetapkan siapa ibu kita sejak dari azali lagi. Telah pun tertulis di Luh Mahfuz siapakah ibu kita. Maka, janganlah kita perbuat ibu kita seperti binatang. sedangkan binatang juga punya hati dan perasaan.

Insafilah diri wahai insan. Ibu bapa kita cuma satu sahaja, tiada gantian. Jika hilang yang satu ini, maka kau akan terus kesepian. Kerana ibu bapa tidak boleh ditukar beli dengan wang ringgitan.

Nak, bila besar nanti, jadilah orang yang berguna. Bila mak dan abah sudah tiada, sedekahkanlah al-fatihah dan doa buat mak dan abah. Mak hanya inginkan anak yang soleh dan solehah. Nak, jangan lupa pesanan mak. Bila sudah besar nanti, jangan lupa Tuhan. Kita semua akan kembali kepada ALLAH akhirnya. Dunia ini sementara tak kekal selama-lamanya. Banyakkan amal ibadah agar kita bahagia di akhirat sana..