Maha Suci Allah yang telah menciptakan hambanya dari setitis air mani yang hina, kemudiannya berada di dalam perut ibunya yakni di alam rahim. Ditiupkan roh setelah 4 bulan dan lahir ke dunia ini setelah berada dalam rahim dalam lebih kurang 9 bulan 10 hari. Lahir sesuci dan sebersihnya kerana masih belum didatangi noda atau dosa. Perkara pertama yang dilakukan ialah menangis. Maka, keluarganyalah yang menentukan sama ada dia itu beragama Yahudi, Nasrani atau Islam..
Bayi yang lahir ini akan membesar dan meningkat usianya. Sejauh mana ketaatannya kepada Ilahi, sejauh mana kesolehannya terhadap ibu bapa, sejauh mana dia menjadi hamba yang bersyukur kepada Ilahi, itu semua masih tidak diketahui lagi. Kerana.. arus zaman sekarang telah jauh memesong dari kebenaran yang sebenar. Maka, jadilah kita hamba yang tahu menilai dan mengerti akan erti kita dihidupkan di dunia ini. Semoga kita tidak menyesal di akhirat kelak. Hidup ini hanyalah sementara. Segala yang ada di dunia ini hanyalah perhiasan sahaja. Ianya akan lenyap jua suatu hari nanti. Hari yang tidak kita tahu bilakah saat kedatangannya. Yang tak pernah memberitahu kapan datangnya. Yang pasti ia semakin mendekati dan bukan semakin menjauhi. Sedarlah setiap insan.. Jangan menyesal di hari kemudian..
Ahad, 15 Februari 2009
Langgan:
Ulasan (Atom)