Selasa, 5 Mei 2009

Tahukah Anda???

Soalan yang diajukan oleh pemimpin pendeta kepada Abu Yazid Al-Bustami. Jika Abu Yazid tidak dapat menjawab kesemuanya dengan betul, maka, beliau akan dibunuh oleh pendeta tersebut.

Mari kita singkap bersama-sama, apakah bentuk soalan yang diajukan oleh pemimpin pendeta tersebut.
Adakah kita turut dapat menjawabnya??

Q1: Yang satu tak ada duanya.
Q2: Yang dua tak ada tiganya.
Q3: Yang tiga tanpa empatnya.
Q4: Yang empat tidak ada limanya.
Q5: Yang lima tanpa enamnya.
Q6: Yang enam tanpa tujuhnya.
Q7: Yang tujuh tanpa lapannya.
Q8: Yang lapan tanpa sembilannya.
Q9: Yang sembilan tanpa sepuluhnya.
Q10: Yang sempurna dari sepuluhnya.
Q11: Yang sebelas.
Q12: Yang dua belas.
Q13: Yang tiga belas.
Q14: Yang empat belas.
Q15: Siapa dari golongan yang membenarkan namun dimasukkan ke dalam neraka.
Q16: Siapa dari golongan yang mendustakan tapi masuk ke dalam syurga.
Q17: Di manakah tempat roh di jasad.
Q18: Apa yang disebut Adz-Zariyaati Zarwan, tentang Al-Hamilaati Waqran, tentang
Al-Jaariyati Yusran, dan tentang Al-Muqassimaati Amran.
Q19: Sesuatu yang bernafas namun tanpa roh.
Q20: Kubur yang berjalan bersama penghuninya.
Q21: Air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi.
Q22: Empat golongan yang tidak tergolong dari manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal
dari punggung seorang laki-laki, dan tidak keluar dari perut sang ibu.
Q23: Darah pertama yang mengaliri bumi.
Q24: Suatu ciptaan Allah lalu dianggapnya sebagai sesuatu yang berat.
Q25: Siapakah seutama-utama kaum wanita.
Q26: Seutama-utama lautan.
Q27: Seutama-utama gunung.
Q28: Seutama-utama binatang.
Q29: Seutama-utama bulan.
Q30: Semulia-mulia malam.
Q31: Apakah itu Thammah.
Q32: Jelaskan tentang sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya
memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua diantaranya di matahari
sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.
Q33: Jelaskan tentang sesuatu yang berhaji ke Baitullah, namun tidak memiliki roh sedangkan
ia tak berkewajiban haji.
Q34: Jelaskan empat benda yang berlainan rasa, warnanya, namun sumbernya adalah satu.
Q35: Sebutkan apakah itu Naqir, Fatil, Qitmir, Sabed, Labed, Tham dan Ram.
Q36: Terangkan apakah yang dikatakan dalam gonggongan anjing.
Q37: Terangkan apakah yang disuarakan oleh himar, kuda, unta, burung Bulbul, katak, dan
burung Naqus dalam suara masing-masing.
Q38: Jelaskan segolongan makhluk Allah, di mana Allah berwahyu kepadanya namun mereka
tiada tergolong dari jin, manusia, dan bukan pula malaikat.
Q39: Ke mana perginya malam jika siang datang dan ke mana perginya siang jika malam datang.

Bagaimana?? Adakah soalan tersebut begitu mudah?? Atau mencabar minda kalian semua??

Tapi, bagi Abu Yazid Al-Bustami, ia bukanlah soalan-soalan yang boleh memecahkan kepala otak memikirkannya.
Mari kita lihat dan perhatikan apakah jawapan yang diberikan oleh Abu Yazid Al-Bustami..

J1: Kewujudan AllahMaha Esa. Dia Tuhan yang Tunggal tidak ada sekutu bagiNya.
J2: Malam dan siang. Bila perginya malam datanglah siangnya, dan bila pergi siang datang
malam menggantikannya.
J3: Itu adalah Kursi, Qalam dan Arasy Tuhan.
J4: Itu adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
J5: Agama Islam telah memfardhukan penganutnya bersolat lima waktu iaitu Subuh, Zohor,
Asar, Maghrib dan Isyak.
J6: Itu adalah hari-hari Allah telah menciptakan bumi dan langit. Hal ini tersebut dalam
kesemua kitab suciNya.
J7: Itulah dia tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Turut disebut di dalam kitab suciNya.
J8: Mereka itulah Malaikat-malaikat pemikul Arasy Tuhan.
J9: Mereka itu dari golongan manusia yang menjadi perosak bumi Allah.
J10: Iaitu kefardhuan puasa sepuluh hari ke atas orang-orang yang berihram haji. "Maka
hendaklah dia(orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari di masa haji dan tujuh hari
lagi apabila dia kembali ke negerinya."
Itulah di sepuluh yang sempurna, kata Tuhan.
J11: Mereka adalah saudara mara Nabi Yusuf a.s.
J12: Itulah nama-nama hitungan bulan-bulan dalam setahun.
J13: Apa yang dimimpikan oleh Nabi Yusuf. Sesungguhnya aku lihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Semuanya bukankah tiga belas.
J14: Mereka itulah yang berkata-kata kepada Tuhan semesta alam, iaitu tujuh pela langit,
tujuh petala bumi. "Maka Tuhan berkata kepadanya,
J15: Mereka saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. kerana mereka mendakwa kepada ayah mereka
(Nabi Ya'qub) bahawa Yusuf telah dimakan serigala, mereka membawa pakaiannya setelah
dilumurkan dengan darah kambing.
J16: Mereka itu kaum Yahudi dan kaum Nasrani. "Telah berkata kaum Yahudi, bahawa kaum Nasrani itu tidak benar. Dan berkata pula kaum Nasrani, kaum Yahudi itu tidak benar."
Kedua-dua kaum itu berkata benar dalam tuduhan mereka antara satu sama lain, namun
begitu, merka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di Muhammad s.a.w. sebagai
agama yang telah memansukhkan segala agama yang sebelumnya.
J17: Ia berada di jasadmu di antara kedua telinga kamu pada gambaran wajah.
J18: Adz-Zariyaati adalah nama dari macam-macam angin yang empat. Al-Hamilaati Waqran
adalah awan gemawan yang terbesar di dada langit. Al-Jaariyaati Yusran adalah
perahu-perahu yang sedang belayar di muka laut. Al-Muqassimaati Amran adalah
Malaikat-malaikat yang bertugas untuk membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada
malam Nisfu Sya'ban.
J19: Waktu Subuh. "Demi subuh dan apabila bernafas."
J20: Iaitu ikan besar yang menelan Nabi Yunus a.s.. Nabi Yunus a.a. berada di dalamnya sebagai
kuburan, dibawanya ke mana-mana sehingga dimuntahkannya di sebuah pantai, dengan
izin Allah Ta'ala.
J21: Itulah air yang dikirim Ratu Balqis(Ratu Negeri Yaman) kepada Nabi Sulaiman a.s. di dalam
sebuah botol iaitu keringat kuda.
J22: Dialah kambing kibas yang dibawa Jibril a.s. untuk menjadi korban ganti Nabi Ismail a.s..
Juga unta Nabi Allah Saleh a.s. yang disembelih oleh kaumnya. Dan yang ketiga dan
keempat, ialah Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa.
J23: Iaitu darah Habil apabila dibunuh saudranya sendiri bernama Qabil.
J24: Iaitu tipu helah kaum wanita. "Sesungguhnya tipu helah kaum wanita adalah suatu tipu helah yang besar atau berat."
J25: Iaitu Hawa, ibu kepada sekalian manusia, kemudian Khadijah r.a., kemudian Aisyah r.a.,
kemudian Asia (isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
J26: Iaitu Sihum, Jihun,Farat dan Nil di negeri Mesir.
J27: Dialah itu Tursina.
J28: Dialah itu kuda.
J29: Dialah itu bulan Ramadhan.
J30: Dialah itu malam lailatul-qadar.
J31: Dia itulah hari kiamat.
J32: Yang pohon itu tahun, dan yang dua belas ialah 'dua belas bulan', dan yang tiga puluh daun
itu ialah 30 hari, dan yang lima bunga itu ialah lima waktu solat, dua diwaktu siang diwaktu
ada matahari dan tiga diwaktu malam di mana kegelapan mengelubungi alam ini.
J33: Iaitu bahtera Nabi Allah Nuh a.s..

J34: Iaitu air mata (masin),air telinga (pahit), air hidung (masam) dan air mulut (tawar).
J35: Naqir adalah titik yang terdapat pada kulit benih. Fatil adalah titik yang terdapat di dalam
benih itu sendiri. Qitmir ialah kulit yang menutupi benih itu. Sabed adalah bulu-bulu
kambing biri-biri. Labed adalah bulu-bulu kambing kasi. Manakala, Tham dan Ram adalah
jenis-jenis makhluk yang telah wujud sebelum wujudnya Adam a.s..
J36: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Tuhan Maha Berkuasa!
J37: Himar dalam nguaknya, dia terlihat syaitan, lalu berkata: Allah melaknatinya!.
Kuda dalam jeritannya: Maha Suci Tuhan yang memeliharaku ketika bersatu padu para
pahlawan dan masing-masing bertempur secara laki-laki.
Unta dalam jeritannya: mengucapkan'Hasbiyallahu Wakafaa Billaahi Wakiilaa', yakni
memadailah Allah hanya bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerah diri.
Burung Bulbul dalam nyanyiannya, Maha Suci Allah di waktu petang dan di waktu pagi.
Katak dalam tasbihnya, dia mengucapkan Maha Suci Tuhan yang disembah
ditempat-tempat berisi makhluknya dan ditempat-tempat kosong yang tiada berpenghuni.
Burung Naqus, Berkata Maha Suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di
barat dan di timur di dalam dunia in, adakah makhluk yang menungkat langit?
J38: Maka dia adalah lebah. "Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebah.."
J39: Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah yang amat sulit.

Maka, itulah jawapan yang telah diberikan dan kesemuanya betul..
abu Yazid Al-Bustami pula telah menanyakan mereka satu soalan. Hanya satu soalan sahaja. Iaituy, apakah kunci syurga dan langit??

Jawapannya tak lain tak bukan, Laa Ilaaha Illallaah, Muhammadur Rasulullah...

Wallahu'alam....